Cikgu Current

Ahad, 30 November 2014

VIDEO FIRST AID - ELECTRIC SHOCK


A video explaining first air for electric shock for 8th class (grade) CBSE science students in India.



VIDEO ELECTRICAL WORK SAFETY AWARENESS TRAINING


Electrical safety is a very tricky but important factor in safety training for corporations. Some of the mishaps are fatalistic in nature and yet it is one of the most neglected hazardous work area. With various safety work procedures in place, it continues to be one of the highest cause of accidents / fatalities.




VIDEO KESELAMATAN ELEKTRIK UNTUK ORANG AWAM


TNB Selangor, A National Champion of year 2014 Sukan Teknikal (SUNTEK) which entitled 
Video Keselamatan Untuk Orang Awam. 
Its a basic documentary which emphasize on public safety when it we encounter the feeder pillar and also the electric pole.

TNB GREAT JOB!




VIDEO KESELAMATAN ELEKTRIK BERMULA DENGAN ANDA



Keselamatan elektrik bermula dengan ANDA!!!!


Sabtu, 29 November 2014

PETI PERTOLONGAN CEMAS



Definisi:

Pertolongan segera yang diberikan kepada pesakit dengan tidak mengira bangsa atau keturunan sebelum mendapat rawatan dari doktor atau pihak hospital.


Prinsip-prinsip pertolongan cemas:
  • Menyelamatakan nyawa
  • Mengurangkan kesakitan 
  • Mengelakkan daripada keadaan bertambah teruk 
  • Mendapat bantuan doktor atau menghantar pesakit ke hospital.





Antara senarai peralatan asas yang perlu ada ialah:
  • Dresing steril - beberapa saiz. 
  • Plaster - beberapa saiz. 
  • Bendej tiga segi (kain anduh) 
  • Pembalut kain kasa (bendej penggulung) 
  • Larutan Flavin (Iodin) 
  • Larutan atau krim antiseptik 
  • Gunting kecil

Jumaat, 28 November 2014

KAEDAH SCHAFER




Langkah 1
  • Tiarapkan mangsa dan letakkan kedua-dua tangan mangsa dibawah kepalanya.
  • Kepala mangsa harus disengetkan dan pastikan pernafasannya tidak terhalang.





Langkah 2 
  • Berlutut di sebelah bahagian pinggang mangsa dan kemudian kedua- dua tapak tangan diletakkan di atas pinggang mangsa. 
  • Tekan perlahan-lahan pinggang badan mangsa tanpa membengkokkan siku .
  • Gerakkan badan perlahan-lahan ke hadapan bertujuan memaksa udara dari peparu.
  • Tekan dengan menggunakan berat badan.

Langkah 3



  • Gerakkan badan perlahan-lahan ke belakang. Pergerakkan inibertujuan memasukkan udara ke peparu mangsa.


Langkah 4
  • Ulang langkah 2 dan 3

KAEDAH SILVESTER



Langkah 1
  • Terlentangkan mangsa
  • Alaskan bahu mangsa supaya kepalanya mendongak.
  • Kepala mangsa hendaklah rendah sedikit daripada bahu.



Langkah 2
  • Berlutut di sisi kepala mangsa dan pegang kedua-dua pergelangan tangan. 
  • Kedua-dua tangan mangsa disilangkan dan tekan ke atas dadanya.




Langkah 3

  • Lepaskan tekanan ke atas dada mangsa dan tarik lengan mangsa dengan cepat ke atas dan ke belakang kepalanya seberapa jauh boleh untuk membenarkan udara masuk ke paru-paru. 
  • Ulangi langkah 2 dan 3.

KAEDAH MULUT KE HIDUNG





Langkah 1

  • Langkah yang sama dilakukan dalam kaedah mulut ke mulut kecuali kedua-dua bibir ditekapkan ke hidung mangsa.
  • Pastikan bibir mangsa tidak menutupi hidung mangsa.


Langkah 2 

  • Tiup udara ke dalam hidung mangsa dan pastikan dada mangsa naik.


Langkah 3 

  • Ulang langkah 1 dan 2

KAEDAH MULUT KE MULUT



Langkah 1

Bukakan saluran pernafasan dengan mendongakkan kepala mangsa.




Langkah 2 

Ambil nafas panjang, picit hidung mangsa dengan jari anda dan rapatkan bibir anda ke bibirnya. Dengan melihat selari ke arah dada mangsa hembuskan udara ke paru- paru mangsa. Anda boleh lihat dadanya naik ke takat maksimum.




Langkah 3 

Alihkan mulut anda daripada mangsa dan hembuskan baki udara yang tinggal. Lihat dada mangsa turun lalu ambil nafas semula dan ulangi langkah 2 dan 3. Periksa denyutan nadi untuk memastikan jantung kembali normal. Jika belum normal ulang beberapa kali langkah 2 dan 3.


KAEDAH HOLGER NIELSON



Langkah 1

  • Tiarapkan mangsa dengan dagu mangsa diletakkan di atas kedua-dua tangannya.
  • Kepala mangsa ditinggikan dan meletakkan gulungan kain di bawah tangannya.
  • Mulut mangsa dibersihkan dari benda asing yang boleh menghalang pernfasan mangsa.
  • Penyelamat harus melutut sebelah kaki di hadapan kepala mangsa dan sebelah lagi di tapakkan berhampiran dengan sikunya.
  • Lengan penyelamat hendaklah berkedudukan condong ke hadapan supaya kedua-dua tangan dapat dirapat di atas bahu mangsa. 

Langkah 2


  • Badan harus digerakkan supaya tangan lurus di atas badan mangsa.
  • Tekanan mestilah lembut dan sederhana kuat. Ini bertujuan mengeluarkan udara dari paru-paru.

Langkah 3 


  • Kedua-dua tangan mangsa dilurutkan dari lengan hingga ke siku dengan pantas.

Langkah 4


  • Angkat sedikit lengan dan bahu mangsa dan tarik sedikit ke arah penyelamat, dengan perlahan bertujuan memasukkan udara ke dalam paru-paru.

KAEDAH PEMULIHAN PERTOLONGAN CEMAS





KAEDAH PEMULIHAN PERNAFASAN

  • Kaedah Holgen Nielson
  • Kaedah Mulut ke Mulut
  • Kaedah Mulut ke Hidung
  • Kaedah Silverster
  • Kaedah Schafer
  • Kaedah Pole-top

KEMALANGAN LETUPAN

  • Letupan terhasil bukan sahaja daripada gas dan wap yang mudah terbakar, tetapi juga oleh debu kasar karbon yang dihasilkkan daripada kisaran bijirin, gula dan arang.
  • Campuran debu kasar karbon dan udara, mengikut nisbah tertentu akan menghasilkan keadaan mudah meletup.
  • Letupan akan berlaku pada bila-bila masa sekiranya terdapat pemangkin bunga api yang boleh terhasil daripada spark elektrik.



PUNCA LETUPAN

Punca yang boleh menyebabkan letupan berlaku adalah seperti litar pintas kabel, yang terdedah, sambungan kekutuban yang salah pada pemuat yang berkutub seperti elektrolit dan campuran bahan kimia yang salah. 


KESAN LETUPAN

Mangsa mungkin mengalami kecederaan letupan seperti melecur dan luka akibat serpihan.



LANGKAH MENGATASI LETUPAN

  • Menggunakan litar kabel yang tidak terdedah
  • Pastikan sambungan kekutuban yang betul pada pemuat yang berkutub
  • Pastikan campuran bahan kimia yang betul bagi mengelakkan letupan bahan kimia.



JENIS KEMALANGAN KEBAKARAN


  • Kebakaran ialah kecederaan kulit dan lain-lain tisu badan, disebabkan terkena haba kering. Terbakar boleh disebabkan oleh api yang menyala, bahan api, objek-objek panas, bahan kimia atau arus elektrik.
  • Kebakaran merupakan salah satu kemalangan yang boleh berlaku di bengkel.
  • Kebakaran bukan sahaja boleh menyebabkan kecederaan yang serius, malah boleh menyebabkan kehilangan nyawa dan harta benda.

KESAN-KESAN DARIPADA KEBAKARAN 










PUNCA-PUNCA KEBAKARAN
  • Beban yang berlebihan.
  • Sambungan litar longgar.
  • Percikan bunga api (spark).
  • Kerosakan penangkap kilat.
  • Kecuaian menggunakan alat elektrik.
  • Peralatan elektrik yang telah diubah suai.
  • Menggunakan kadar fius yang melebihi had yang ditetapkan.
  • Kerosakan pada penebatan kabel menyebabkan litar pintas.


GAMBARAN PUNCA BERLAKUNYA KEBAKARAN 









LANGKAH MENGATASI KEMALANGAN KEBAKARAN

  • Patuhi semua peraturan keselamatan.
  • Jangan merokok di dalam bengkel.
  • Jauhkan bahan-bahan mudah terbakar daripada sumber haba.
  • Pastikan semua peralatan elektrik dimatikan sebelum meninggalkan bengkel.
  • Pastikan alat pemadam api sesuai dan mencukupi.
  • Bahan-bahan mudah terbakar perlu dilabelkan dengan jelas.
  • Peralatan elektrik yang rosak perlu diasingkan dan dibaiki.
  • Pastikan beban elektrik tidak berlebihan.

JENIS KEMALANGAN LECUR

  • Lecur boleh berlaku di bahagian luar tubuh akibat kejutan elektrik atau terkena benda panas seperti setrika atau besi pematri.
  • Lecur juga boleh juga berlaku di bahagian dalam tubuh sekiranya arus berfrekuensi tinggi mengalir melaluinya.



LANGKAH SEGERA BILA BERLAKU RENJATAN ELEKTRIK


  • Putuskan bekalan dengan menutup suis utama, suis induk atau melitar pintaskan agar pemutus litar atau fius bekalan terputus.
  • Alihkan mangsa dengan menggunakan penebat seperti kayu atau getah.
  • Bawa mangsa ke tempat yang lapang dan mempunyai peredaran udara yang baik.
  • Longgarkan pakaian mangsa serta barang-barang yang boleh menghalang pernafasan mangsa termasuklah jam tanggan.
  • Sekirannya pernafasan mangsa terhenti, jalankan pemulihan pernafasan, selimutkan mangsa dan dapatkan rawatan selanjutnya dengan segera.




RENJATAN ELEKTRIK

  • Renjatan elektrik berlaku apabila seseorang tersentuh/terdedah kepada punca elektrik.

  • Arus elektrik yang melalui tubuh badan (badan manusia adalah pengalir elektrik) berpotensi menyebabkan individu itu mengalami kecederaan pada bahagian yang tersentuh (thermal burns), berlakunya kecederaan dalaman pada otot atau organ dan gangguan pada degupan jantung yang boleh mengakibatkan renjatan (cardiogenic shock).



GAMBARAN RENJATAN 







PADAH CURI KABEL ELEKTRIK





Semoga Bermanfaat Untuk Anda..





PUNCA-PUNCA KEMALANGAN

  • Tidak mematuhi peraturan keselamatan dan etika berpakaian.
  • Tidak menggunakan perlatan yang betul.
  • Menggunakan peralatan yang telah rosak
  • Menggunakan peralatan yang telah diubah suai.
  • Cuai dan tidak memberi tumpuan semasa melakukan kerja.
  • Kawasan kerja tidak sesuai.
  • Kawasan kerja yang sempit dan tidak selesa.
  • Alat-alat yang tidak diselenggara dengan betul.



KEPERLUAN AKTA KESELAMATAN PEKERJA DANKESELAMATAN

  • IEEE ialah Institution of Electrical Engineers (IEEE), yang ber ibu pejabat di London, Britain.
  • Sistem pendawaian di Malaysia mengikut sistem daripada negara Britain.
  • Di Malaysia badan yang mengawalselia adalah dibawah Suruhanjaya Tenaga (ST) berkuasa sepenuhnya.
  • TNB tidak berkuasa penuh, jika TNB melakukan kesalahan ST boleh mengenakan tindakan terhadap